URL : Alamat penuh untuk website anda
Affiliate : Menjadi agen menjualkan produk atau perkhidmatan orang lain dan mendapat komisyen daripadanya.
Control C: Copy
Control V: Tampal (paste)
Control A: Pilih Semua
Control Z: Jangan teruskan (undo)
Sekiranya terdapat bahagian yang masih kurang faham, anda bolehlah kemukakan soalan. klik sini
Untuk memiliki website sendiri, anda perlu sewa tapaknya. Terdapat tapak ini ada yang percuma seperti blogspot, weebly, webstart dan lain-lain. Ada yang murah dan ada yang mahal. Bergantung kepada keluasan tapak yang ingin anda sewa. Kebanyakkan sewanya perlu dibayar setiap tahun. Ada juga syarikat yang mengenakan bayaran setiap bulan. Jadi terpulang kepada anda dimana untuk menyewa tapak tersebut, samada yang percuma atau yang murah. Samada bayar sewanya secara tahunan atau bulanan. Setiap pilihan tersebut ada baik dan buruknya.
Kelebihannya web yang percuma adalah ianya percuma, simple. Keburukannya adalah website anda tidak kelihatan profesional kerana anda terpaksa memakai nama mereka. Contohnya jika anda menggunakan hosting blogspot, anda perlukan letakkan nama web anda bersama nama mereka, seperti Myname.blogspot.com atau MyMall.weebly.com. Manakala hosting murah pula, kelemahannya, anda perlu bayar terlebih dahulu yuran tahunan, tunggu sehari dua, barulah anda boleh memulakan buat website anda. Adakalanya server mereka kurang memuaskan, sering berlaku kerosakan keatas server mereka, jadi sering website anda tiada didalam internet.
Sekiranya anda memiliki perniagaan tertentu dan ingin buat website sendiri, saya mencadangkan anda menyewa tapak di sebuah company web hosting bernama GDI (Global Domain Internasional). Keburukkan menyewa domain disini ialah, ia agak mahal sedikit berbanding webhosting company yang lain. Manakala kelebihannya banyak, diantaranya ialah kita boleh bayar sewa secara bulanan iaitu $10 (USD) setiap bulan. Kedua, jika kita menyewa domain yang berakhir dengan dotWS (bukan dotCOM atau dotNet), maka kita akan mendapat percubaan 7 hari percuma. Server di GDI amat memuaskan, jarang sekali down. Bahagian yang paling menarik adalah dalam masa yang sama mereka juga membenarkan kita menjalankan program affiliate.
Bahagian 1: Jika anda ingin menyewa tapak website di GDI, lihat video ini untuk pendaftarannya. Lihat Video.

Selepas itu klik link pendaftarannya di sini
Member area GDI. Klik Disini
Setelah anda memiliki webhosting sendiri, anda memerlukan perisian untuk buat website. Contohnya jika anda ingin membuat surat, anda memerlukan perisian MicroSoft Words. Jika anda ingin membuat presentation, anda memerlukan perisian Microsoft PowerPoint. Jika anda ingin membuat technical drawing, anda memerlukan perisian AutoCad. Jika anda ingin buat website anda memerlukan perisian seperti Dreamweaver, FrontPage atau NVU. Disebabkan perisian NVU itu percuma, maka didalam pelajaran kali ini, saya akan berkongsi dengan anda cara buat website menggunakan perisian NVU. Oleh itu langkah seterusnya, download NVU secara PERCUMA dari internet. Sila klik disini untuk download NVU.
Semasa kita buat website didalam NVU komputer kita, maka hanya kita seorang sahaja yang dapat melihat file tersebut. Tetapi apabila file tersebut dihantar ke tapak hosting, ini bermakna ia sudah berada didalam internet dan mempunyai URL nya sendiri. Jadi tugas memindahkan file dari komputer kita ke tapak hosting memerlukan perisian yang lain. Disini saya menggunakan perisan FilleZilla untuk tugasan tersebut. Perisian ini juga boleh diperolehi dengan percuma.
Sila klik disini untuk download perisian FileZilla.
Perisian NVU untuk membuat website sudah ada, filezilla sudah ada, webhosting sendiri pun sudah ada, mari kita memasuki pelajaran yang lebih menarik. Mula membuat website anda sendiri.