Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Kepada Pembaca Semua

Website : Kedai Maya
Web Hosting : Tapak Meletakkan Website
Domain Name : Nama Kedai Anda
Autoresponder : Hantu Raya

Di atas adalah perkataan-perkataan yang selalu anda dengar di dalam internet. Perkara-perkara di atas amat penting kepada webmaster, pengusaha produk, peniaga produk/barang, perniagaan perkhidmatan, pengilang, peniaga makanan segera, perkapalan, import dan eksport, internet marketer, untuk menjalankan bisnes mereka. Samaada produk digital atau fizikal. Mereka semua memerlukan website, tidak kira website mereka cantik ataupun tidak, mereka tetap memerlukannya.

Kita sebagai pengguna mestilah bijak bagaimana untuk membuat keputusan samaada untuk membuat website ataupun tidak. Sekiranya ingin membuat website sendiri mestilah mempunyai 'Guru' yang betul. Jika tidak mahu membuat website, anda boleh jalankan bisnes anda secara Offline. Berjumpa dengan orang ramai untuk promosikan bisnes anda.

Ramai antara pengusaha-pengusaha perniagaan internet yang bukan sahaja gagal untuk mengembangkan perniagaan mereka @ tidak berjaya menambahkan pendapatan sampingan, tetapi mereka berhabis duit lebih banyak daripada apa yang masuk ke dalam poket mereka. Hanya sedikit sahaja yang benar-benar berjaya menjana pendapatan dari internet ini.

Satu kajian terperinci mengenai orang2 yang berjaya mengaut keuntungan dari internet ini mendapati, perniagaan mereka kebanyakannya berjalan secara autopilot mod. Maknanya ia berjalan dengan sendirinya. Jika mereka terbabit dalam program networking @ MLM, perniagaan itu berkembang dengan sendirinya. Jika mereka terbabit dalam perniagaan produk fizikal, semua urusan jual beli akan diuruskan oleh website mereka.

Mereka ini memiliki banyak masa terluang tetapi duit masih mengalir masuk seperti air mengalir ke dalam rumah mereka ini mempunyai beberapa kriteria hebat, tetapi terdapat beberapa kesamaan antara mereka diantaranya :-

Pertama : Mereka semua tahu bagaimana membuat website
Jika anda tahu membuat website, maka dengan mudah anda boleh memasarkan apa jua perniagaan yang anda miliki. Bukan satu perniagaan, malah berbagai-bagai jenis perniagaan. Tidak perlu mengupah oarang lain membuat webiste untuk anda. Malah anda jadi orang yang terawal dapat menyampaikan maklumat tersebut terus kepada orang lain.

Kedua : Semua mereka yang berjaya tahu menggunakan Autoresponder.
Autoresponder adalah tempat untuk anda mengumpulkan pengikut (subscriber,follower,list) dan juga alat untuk menghantar email kepada pengikut anda. Jika anda berjaya menguasai ilmu membuat email berjadual ini (atau email kempen) maka anda sudah berjaya menjadikan perniagaan anda secara autopilot - bergerak sendiri dan hasilnya amat berkesan.

Ketiga : Semua mereka tahu membuat marketing di internet
Marketing adalah alat untuk menyebarkan perniagaan kita, tanpa marketing ia tidaka akan diketahui oleh orang lain. Inilah kriteria yang wajib dimiliki oleh seseorang yang ingin menjana pendapatan melalui internet. Tiadak kira apa jua perniagaan yang mereka lakukan, samaada MLM, affiliate program, jual barang sendiri, memasarkan perkhidmatan sendiri, mereka tidak boleh lari dari perkara tersebut dan mesti menguasainya.

Jadi, di dalam blog ini menyediakan pelajaran kepada anda untuk menguasai bidang-bidang tersebut secara PERCUMA!!. Anda perlu subscribe blog ini dahulu kerana setiap minggu akan ada perkara baru yang akan saya beritahu di dalam blog ini.

Anda ikut bulat-bulat, langkah demi langkah, satu persatu maklumat dari blog ini..

p.s. Anda di kehendaki subscribe blog saya ini supaya anda boleh di'update' setiap masa apabila saya masukkan entry baru di lain masa.

Klik pada 'subscribe to post', jangan lupa untuk daftar dalam 'sign in' dan tolong sebarkan blog saya pada rakan-rakan anda.


Semoga Berjaya!!

Daripada:
Moha Hairi
01132529979

Tuesday, September 27, 2011

#1 Cara Membuat Website

Sebelum anda memulakan pembelajaran membuat website anda perlu tahu beberapa istilah yang akan sering digunakan di dalamnya. Diantara perkataan yang perlu diketahui adalah:

URL : Alamat penuh untuk website anda
Affiliate : Menjadi agen menjualkan produk atau perkhidmatan orang lain dan mendapat komisyen daripadanya.
Control C: Copy
Control V: Tampal (paste)
Control A: Pilih Semua
Control Z: Jangan teruskan (undo)

Sekiranya terdapat bahagian yang masih kurang faham, anda bolehlah kemukakan soalan. klik sini

Untuk memiliki website sendiri, anda perlu sewa tapaknya. Terdapat tapak ini ada yang percuma seperti blogspot, weebly, webstart dan lain-lain. Ada yang murah dan ada yang mahal. Bergantung kepada keluasan tapak yang ingin anda sewa. Kebanyakkan sewanya perlu dibayar setiap tahun. Ada juga syarikat yang mengenakan bayaran setiap bulan. Jadi terpulang kepada anda dimana untuk menyewa tapak tersebut, samada yang percuma atau yang murah. Samada bayar sewanya secara tahunan atau bulanan. Setiap pilihan tersebut ada baik dan buruknya.

Kelebihannya web yang percuma adalah ianya percuma, simple. Keburukannya adalah website anda tidak kelihatan profesional kerana anda terpaksa memakai nama mereka. Contohnya jika anda menggunakan hosting blogspot, anda perlukan letakkan nama web anda bersama nama mereka, seperti Myname.blogspot.com atau MyMall.weebly.com. Manakala hosting murah pula, kelemahannya, anda perlu bayar terlebih dahulu yuran tahunan, tunggu sehari dua, barulah anda boleh memulakan buat website anda. Adakalanya server mereka kurang memuaskan, sering berlaku kerosakan keatas server mereka, jadi sering website anda tiada didalam internet.

Sekiranya anda memiliki perniagaan tertentu dan ingin buat website sendiri, saya mencadangkan anda menyewa tapak di sebuah company web hosting bernama GDI (Global Domain Internasional). Keburukkan menyewa domain disini ialah, ia agak mahal sedikit berbanding webhosting company yang lain. Manakala kelebihannya banyak, diantaranya ialah kita boleh bayar sewa secara bulanan iaitu $10 (USD) setiap bulan. Kedua, jika kita menyewa domain yang berakhir dengan dotWS (bukan dotCOM atau dotNet), maka kita akan mendapat percubaan 7 hari percuma. Server di GDI amat memuaskan, jarang sekali down. Bahagian yang paling menarik adalah dalam masa yang sama mereka juga membenarkan kita menjalankan program affiliate.


Bahagian 1: Jika anda ingin menyewa tapak website di GDI, lihat video ini untuk pendaftarannya. Lihat Video.AutoMLMAnda buat website dan online marketing
Selepas itu klik link pendaftarannya di sini

Member area GDI. Klik Disini
Setelah anda memiliki webhosting sendiri, anda memerlukan perisian untuk buat website. Contohnya jika anda ingin membuat surat, anda memerlukan perisian MicroSoft Words. Jika anda ingin membuat presentation, anda memerlukan perisian Microsoft PowerPoint. Jika anda ingin membuat technical drawing, anda memerlukan perisian AutoCad. Jika anda ingin buat website anda memerlukan perisian seperti Dreamweaver, FrontPage atau NVU. Disebabkan perisian NVU itu percuma, maka didalam pelajaran kali ini, saya akan berkongsi dengan anda cara buat website menggunakan perisian NVU. Oleh itu langkah seterusnya, download NVU secara PERCUMA dari internet. Sila klik disini untuk download NVU.

Semasa kita buat website didalam NVU komputer kita, maka hanya kita seorang sahaja yang dapat melihat file tersebut. Tetapi apabila file tersebut dihantar ke tapak hosting, ini bermakna ia sudah berada didalam internet dan mempunyai URL nya sendiri. Jadi tugas memindahkan file dari komputer kita ke tapak hosting memerlukan perisian yang lain. Disini saya menggunakan perisan FilleZilla untuk tugasan tersebut. Perisian ini juga boleh diperolehi dengan percuma.
Sila klik disini untuk download perisian FileZilla.

Perisian NVU untuk membuat website sudah ada, filezilla sudah ada, webhosting sendiri pun sudah ada, mari kita memasuki pelajaran yang lebih menarik. Mula membuat website anda sendiri.
 

No comments:

Post a Comment